Powered By Blogger

Thursday, November 22, 2012

KSSR PENDIDIKAN SENI VISUAL -TAHUN 3


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MODUL 3 : BONEKA


Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka.
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada boneka.

3.1.1 Unsur seni

3.1.1.1 Bentuk - konkrit

3.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak

3.1.2 Prinsip rekaan

3.1.2.1 Imbangan - simetri

3.2 Aplikasi Seni

Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan boneka.
Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan
boneka.

3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

3.2.1.1 Alat - gunting

3.2.1.2 Bahan - span, gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai

3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya.


3.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan boneka.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya.

3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya

3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang yang sesuai dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

3.4.1 Membuat persembahan boneka yang dihasilkan

3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan





Saturday, October 20, 2012

Boneka Jari

Dunia Seni Visual

Boneka Jari

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana hendak membuat Boneka Jari. Caranya sangat mudah.....
Alatan yang diperlukan: 
  • kad manila
  • gunting
  • gam
  • pensel
  • warna


1. lipat 2 kad untuk mendapatkan gambar rajah 
      yang sama saiz.

2. Lukis 3 bentuk seperti jari yang berlainan saiz.


 

3. Lakaran 1 akan membentuk muka
4.Lakaran 2 membentuk telinga
5.Lakaran 3 membentuk hidung
6. Setelah siap lakaran, gunting mengikut bentuk yang dilukis. Anda akan dapat setiap satu bentuk secara berpasangan.
 
7. Gamkan keratan 2 pada keratan 1 bagi membentuk telinga.

 8. Setelah siap melekatkan telinga, lekatkan kepingan 1 diatasnya dengan menyapu gam disekeliling kepingan kecuali dibahagian bawah.  Pastikan anda menyapu gam dengan teliti supaya kedua-dua kepingan 1 tidak melekat sepenuhnya .... nanti tak boleh nak sarungkan jari di dalamnya.
9. Seterusnya ...lekatkan mata dan lukiskan hidung serta mulut pupet anda ... hiaskan dengan kreativiti tersendiri.


 Inilah hasilnya.......Cuba sarungkan jari.....